Sunday, July 30, 2017

Cerita Di dalam tren KTM

Naik KTM dari Seremban ke Nilai, sambil berdiri (biasalah penuh petang hari minggu ni) nampak dua kelibat pelajar lelaki (kolej @ universiti), seorang Melayu dan seorang Cina sedang duduk sebelah- menyebelah.

Pelajar Melayu memakai earphone sambil membaca buku. Pelajar cina asalnya hanya duduk diam sambil belek-belek telefon pintar. Bila dia tengok pelajar lelaki di sebelahnya sedang khusyuk membaca, dia letak telefon dalam beg..

Serta merta dikeluarkan buku nota atau buku latihan ( tak pasti sebab ada tulisan bercetak dan berconteng), sebatang pen dan dibelek-belek helaian buku tersebut sambil mulut terkumat kamit membaca, saya dari jauh dapat lihat melalui bibirnya yang bergerak.. sedang study barangkali.. wau cepat responnya pada pelajar melayu yang membaca tadi..

Orang lain? Sama ada tidur (kepenatan atau boring) atau main telefon macam saya ni..

Bukan nak rasis atau menyebelahi mana-mana kaum, hakikatnya apa saya nak cerita, orang yang berjaya dia tengok  orang lain berusaha, dia akan berusaha sama agar dapat berjaya macam orang yang dilihatnya

Orang yang kurang berjaya, ditengoknya orang berusaha, sama ada dia dengki atau dia akan usaha nak jatuhkan orang yang gigih berusaha tadi atau dia tak buat apa-apa, langsung..

Okay stesen saya dah sampai.. 😎..

Nanti ada masa akan share lagi cerita macam ni

Thursday, July 13, 2017

MEMAHAMI MAKNA DAN KONSEP SEBENAR ‘KEBERKATAN’

Image result for barokah
Kredit gambar: Google



MEMAHAMI MAKNA DAN KONSEP SEBENAR ‘KEBERKATAN’
OLEH:
WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL

(terbit dalam Majalah Dewan Tamadun Islam 
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2015)

PENGENALAN

Kehidupan manusia merupakan satu anugerah dari Allah swt. Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya tidak dapat menafikan bertapa besar dan agungnya kekuasaan Allah swt selaku al-Khaliq (Yang Maha Mencipta). Lihat sahaja alam sekeliling, apakah tidak cukup lagi bukti kebesaran dan kekuasaan yang telah Allah swt tujukkan kepada kita? Apakah masih lagi perlu diberikan bukti-bukti lain untuk menjadikan manusia itu tunduk dan patuh kepada Allah swt tanpa bersyarat?

Tuesday, July 4, 2017

Muslim Sekerat-sekerat

Related image
Sumber gambar: Google


Seorang Muslim haruslah menjadi MUSLIM sebenarnya dari semua aspek kehidupan, sejak dari lahirnya, sewaktu proses membesar dan mengenal dunia, sehinggalah apabila meninggal dunia. Muslim yang terbaik adalah mereka yang mempraktikkan dan mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan, selari dengan konsep Islam sebagai ‘Ad-Din’ atau ‘Islam sebagai satu cara hidup’. 

Islam sebagai ‘Ad-Din’ juga membawa maksud ‘Keberkesanan praktik Islam dalam semua aspek yang menyentuh hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain di dunia ini (jin, syaitan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

Siapakah Muslim?

Image result for Muslim

Sumber Gambar: Google

Adakah anda seorang Muslim? Beragama Islam? Apa maksud menjadi seorang Muslim? Walaupun persoalan ini nampak mudah tapi tamai Muslim tidak dapat menjawab soalan ini.

Secara ringkas, Muslim ialah gelaran bagi seseorang yang beragama Islam, percaya kepada Allah S.W.T, beriman dengan Nabi dan Rasul serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, di samping mempercayai kitab Al-Quran yang diturunkan Allah S.W.T secara mutawatir, serta beriman dengan segala tuntutan yang diperlukan oleh seorang Muslim. Menjadi seorang Muslim merupakan satu tanggungjawab yang sukar, tetapi mulia. Seorang Muslim yang tetap dan utuh pada ajaran Islam merupakan seorang individu yang sangat berdisiplin dan komited. Buktinya?