Tuesday, July 4, 2017

Siapakah Muslim?

Image result for Muslim

Sumber Gambar: Google

Adakah anda seorang Muslim? Beragama Islam? Apa maksud menjadi seorang Muslim? Walaupun persoalan ini nampak mudah tapi tamai Muslim tidak dapat menjawab soalan ini.

Secara ringkas, Muslim ialah gelaran bagi seseorang yang beragama Islam, percaya kepada Allah S.W.T, beriman dengan Nabi dan Rasul serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, di samping mempercayai kitab Al-Quran yang diturunkan Allah S.W.T secara mutawatir, serta beriman dengan segala tuntutan yang diperlukan oleh seorang Muslim. Menjadi seorang Muslim merupakan satu tanggungjawab yang sukar, tetapi mulia. Seorang Muslim yang tetap dan utuh pada ajaran Islam merupakan seorang individu yang sangat berdisiplin dan komited. Buktinya?


Buktinya ialah tuntutan untuk menunaikan solat 5 waktu (subuh, zohor, asar, maghrib, dan isyak) sehari semalam. Tuntutan ini walaupun kelihatan  sangat mudah, akan tetapi ramai yang 'tumbang' dan gagal dari segi pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Pelbagai alasan rekaan menjadi payung bagi menutup kegagalan untuk menunaikan solat tadi. Seorang Muslim yang 'sejati' (cekal dan tabah menunaikan tanggungjawab sebagai penganut agama Islam) akan berusaha untuk tidak mengabaikan tuntutan ini. Inilah yang disebut sebagai tuntutan kewajipan, hati dan jiwa yang cekal.

Menjadi seorang Muslim bermaksud seseorang itu mewakili dan menjadi 'duta' rasmi kepada agama Islam dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menjadi seorang duta bermaksud cuba menyampaikan keindahan dan keunikan Islam kepada orang lain, selain mempromosikan Islam di mata dunia. Sayangnya dalam senario dunia sekarang ramai Muslim gagal dan lalai melaksanakan tugas mereka sebagai duta kepada agama Islam. 

Merujuk kepada pepatah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga', sebagaimana banyak kisah-kisah positif dan pencapaian yang elok ditunjukkan oleh Muslim seluruh dunia, wujud juga kisah-kisah buruk yang melibatkan umat Islam. Pembunuhan (seperti di Pakistan, Syria dan Iraq), tamak kuasa dan rasuah (seperti di banyak negara yang dipimpin oleh Muslim), masalah kecelaruan identiti dan kerosakan akhlak (seperti pengaruh liberalisme, pluralisme, budaya kuning dan sebagainya), kehidupan sosial yang kacau bilau (masalah zina, mengandung luar nikah, buang anak, hisap dadah, dan lain-lain lagi) serta banyak lagi contoh yang tidak elok wujud disebabkan Muslim itu sendiri. 

Muslim seharusnya mempromosikan keindahan Islam, berdakwah dan menyeru manusia sejagat kembali tauhid kepada Allah S.W.T melalui pembawaan positif dan imej yang elok seperti mana yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W dan bukan sebaliknya. Kita renung kembali kata-kata Sayidina Umar al-Khattab R.A mengenai kemuliaan seorang Muslim:


"Kita adalah satu golongan yang dimuliakan Allah S.W.T dengan (nikmat) Islam"

Usaha dakwah melalui contoh tauladan yang baik diharapkan membawa kepada kurniaan hidayah daripada Allah S.W.T kepada sesiapa yang melihatnya. Ini kerana nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada mereka, iaitu nikmat Iman tidak mungkin dapat diperoleh secara mudah tanpa izin  dari Nya. Firman Allah S.W.T:

y7¨RÎ) Ÿw ÏöksE ô`tB |Mö6t7ômr& £`Å3»s9ur ©!$# Ïöku `tB âä!$t±o 4 uqèdur ãNn=÷ær& šúïÏtFôgßJø9$$Î/ ÇÎÏÈ  
Maksudnya: Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang kamu sayang Tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki Nya” (QS Surah al-Qasas 28:56)

Nikmat iman merupakan satu kurniaan Allah S.W.T yang sangat besar dan berharga kepada manusia. Lihat kembali kepada sirah Rasulullah S.A.W. Kisah Baginda S.A.W dan bapa saudara kesayangan iaitu Abu Talib yang cuba diislamkan oleh Baginda sebelum meninggal. Akan tetapi tanpa keizinan Allah S.W.T, semua itu adalah mustahil walau sekuat mana pun manusia berusaha mendapatkannya. Namun persoalan yang timbul adalah, mampu kah umat Islam sekarang memulihkan kembali imej Islam yang telah dicemari oleh musuh-musuh dan umat Islam itu sendiri? Setelah sekian lama umat Islam tewas kepada musuh Islam (seperti orientalis dan sekularis) melalui perang pemikiran (ghazwah al-fikr), bolehkah umat Islam bangkit kembali untuk memartabatkan nama dan imej Islam di mata dunia? Jawapannya ialah BOLEH. Bahkan jika dirujuk kepada hadis Baginda S.A.W ada dinyatakan bahawa umat Islam ini tidak akan berhenti untuk menegakkan kebenaran (syiar Islam) sampai Hari Kiamat. Sabda Rasulullah S.A.W mafhum nya:

"Akan ada di kalangan umat ku yang akan berjuang di atas (jalan) kebenaran sehingga tibanya Hari Kiamat" (hadis)

Melalui hadis Baginda ini kita telah dijanjikan pejuang ke arah kebenaran dan menegakkan syiar Islam. Akan tetapi siapakah pejuang tersebut? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan pastinya KITA sendiri sebagai seorang Muslim. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha dalam mempromosikan Islam mengangkat kembali kehebatan syiar Islam di mata masyarakat dunia, di samping berdoa kepada Allah S.W.T agar membantu dan memudahkan setiap jejak langkah kita memperjuangkan kebenaran. Satu perkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah persediaan seorang Muslim untuk menjadi pendakwah dan wakil duta kepada Islam.



No comments:

Post a Comment