Sunday, July 30, 2017

Cerita Di dalam tren KTM

Naik KTM dari Seremban ke Nilai, sambil berdiri (biasalah penuh petang hari minggu ni) nampak dua kelibat pelajar lelaki (kolej @ universiti), seorang Melayu dan seorang Cina sedang duduk sebelah- menyebelah.

Pelajar Melayu memakai earphone sambil membaca buku. Pelajar cina asalnya hanya duduk diam sambil belek-belek telefon pintar. Bila dia tengok pelajar lelaki di sebelahnya sedang khusyuk membaca, dia letak telefon dalam beg..

Serta merta dikeluarkan buku nota atau buku latihan ( tak pasti sebab ada tulisan bercetak dan berconteng), sebatang pen dan dibelek-belek helaian buku tersebut sambil mulut terkumat kamit membaca, saya dari jauh dapat lihat melalui bibirnya yang bergerak.. sedang study barangkali.. wau cepat responnya pada pelajar melayu yang membaca tadi..

Orang lain? Sama ada tidur (kepenatan atau boring) atau main telefon macam saya ni..

Bukan nak rasis atau menyebelahi mana-mana kaum, hakikatnya apa saya nak cerita, orang yang berjaya dia tengok  orang lain berusaha, dia akan berusaha sama agar dapat berjaya macam orang yang dilihatnya

Orang yang kurang berjaya, ditengoknya orang berusaha, sama ada dia dengki atau dia akan usaha nak jatuhkan orang yang gigih berusaha tadi atau dia tak buat apa-apa, langsung..

Okay stesen saya dah sampai.. 😎..

Nanti ada masa akan share lagi cerita macam ni

Thursday, July 13, 2017

MEMAHAMI MAKNA DAN KONSEP SEBENAR ‘KEBERKATAN’

Image result for barokah
Kredit gambar: Google



MEMAHAMI MAKNA DAN KONSEP SEBENAR ‘KEBERKATAN’
OLEH:
WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL

(terbit dalam Majalah Dewan Tamadun Islam 
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2015)

PENGENALAN

Kehidupan manusia merupakan satu anugerah dari Allah swt. Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya tidak dapat menafikan bertapa besar dan agungnya kekuasaan Allah swt selaku al-Khaliq (Yang Maha Mencipta). Lihat sahaja alam sekeliling, apakah tidak cukup lagi bukti kebesaran dan kekuasaan yang telah Allah swt tujukkan kepada kita? Apakah masih lagi perlu diberikan bukti-bukti lain untuk menjadikan manusia itu tunduk dan patuh kepada Allah swt tanpa bersyarat?

Tuesday, July 4, 2017

Muslim Sekerat-sekerat

Related image
Sumber gambar: Google


Seorang Muslim haruslah menjadi MUSLIM sebenarnya dari semua aspek kehidupan, sejak dari lahirnya, sewaktu proses membesar dan mengenal dunia, sehinggalah apabila meninggal dunia. Muslim yang terbaik adalah mereka yang mempraktikkan dan mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan, selari dengan konsep Islam sebagai ‘Ad-Din’ atau ‘Islam sebagai satu cara hidup’. 

Islam sebagai ‘Ad-Din’ juga membawa maksud ‘Keberkesanan praktik Islam dalam semua aspek yang menyentuh hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain di dunia ini (jin, syaitan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

Siapakah Muslim?

Image result for Muslim

Sumber Gambar: Google

Adakah anda seorang Muslim? Beragama Islam? Apa maksud menjadi seorang Muslim? Walaupun persoalan ini nampak mudah tapi tamai Muslim tidak dapat menjawab soalan ini.

Secara ringkas, Muslim ialah gelaran bagi seseorang yang beragama Islam, percaya kepada Allah S.W.T, beriman dengan Nabi dan Rasul serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, di samping mempercayai kitab Al-Quran yang diturunkan Allah S.W.T secara mutawatir, serta beriman dengan segala tuntutan yang diperlukan oleh seorang Muslim. Menjadi seorang Muslim merupakan satu tanggungjawab yang sukar, tetapi mulia. Seorang Muslim yang tetap dan utuh pada ajaran Islam merupakan seorang individu yang sangat berdisiplin dan komited. Buktinya?

Ilmu Sesat Untuk Umat Islam??

Image result for philosophy
Sumber  gambar: Google



Malam ni Jumaat malam Sabtu. Azmi  agak free, lepas selesai bercakap telefon dengan ibu bapa di kampungnya (Sungai Petani), Azmi bercadang untuk lepak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama kawan-kawan sekolahnya Aiman dan Hisyam yang sedang menyiapkan pengajian di peringkat Master dan Doktor Falsafah (Ph.D.). Mereka keluar makan di satu gerai di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Meja agak penuh malam tu sebab ada perlawanan bola sepak. Tiba-tiba datang kelibat seorang lelaki yang agak berumur duduk di meja kami.

“Assalamualaikum boleh pakcik duduk bersama anak-anak? Lelaki tersebut memulakan bicara.

“Waalaikumussalam. Boleh pakcik” jawab  Aiman. Dia mempelawa pakcik tersebut duduk di sebelahnya.

Monday, July 3, 2017

Manusia Adalah Ukuran Semua Benda

Image result for measurign life
Sumber  gambar: Google

Hari ini cuti. Mila, kekasih Azmi yang baru ditawan hatinya ketika sama-sama belajar di kelas Bahasa Inggeris sewaktu semester 2 mengajak Azmi pergi ke Kuala Lumpur untuk mengisi masa lapang dan menghabiskan waktu bersama-sama.

"Nak buat apa pergi Kuala Lumpur?" Azmi bertanyakan Mila.

"Alah saja jalan-jalan. . . Esok kan cuti, bukan ada kelas pun" laju jawapan Mila kepada Azmi.

"Takde duitlah. . . Dah habis beli buku rujukan termodinamik minggu lepas" dalih Azmi sebagai alasan menolak.

Mila tidak mengalah. "Takpe saya belanja tiket KTM dan makan. Haa. . . Nak pergi tak? Jomla temankan saya" laju jawapan Mila. "Saya pun nak cari baju kat Jalan TAR jugak tapi tak nak pergi sorang-sorang. . ." tambah Mila lagi.

"Habislah aku" bisik Azmi di dalam hati. Dia tahu dia tak boleh menolak lagi ajakan Mila shopping ke Kuala Lumpur

Roh Yang Kekal dan Badan Yang Hancur

Related image
Sumber  gambar: Google


Azmi kepenatan. Hari ini banyak betuk tugasan yang dia dapat dari pensyarahnya. Bahkan semua subjek pulak tu dapat tugasan hari ni.

"Penat betul belajar ni. Dahla berhutang dengan PTPTN semata-mata nak dapatkan sekeping sijil. Kalau ikutkan hati dan bukan sebab hasrat mak ayah, lama dah aku berhenti belajar ni cari kerja". Keluh Azmi keseorangan.

Hari ni dia mula belajar subjek baru, Falsafah dan Pemikiran. Sejak kecil, Azmi gemar berfikir dan termenung sendirian melihat alam, serangga dan sebagainya. Tidak dinafikan dia cemerlang apabila belajar sains, dan mendapat keputusan cemerlang dalam kesemua subjek sains tulen yang dipelajarinya di sekolah iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan.

Baginya, sains sangat senang untuk difahami dan diikuti. Itulah yang membuatkan Azmi nekad memilih untuk mencabar dirinya mengambil subjek falsafah dan pemikiran sebagai subjek elektif walaupun sedang menghabiskan pengajian dalam bidnag kejuruteraan elektrik. Namun, subjek baru ini sangat susah untuk dia fahami.

"Dunia ini fana tetapi roh itu kekal" antara ayat pensyarah beliau yang masih tidak difahami oleh Azmi. Dia termenung keseorangan. . .